Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Sunday, August 5, 2012

Cerita melayu sekarang nie dah macam cerita barat.

Assalamualaikum


ok gambar diatas takde kena mengena ok.. 

kalau korang perasan la, sejak akhir-akhir nie, banyak cerita melayu yang menggambarkan kehidupan yang sosial di kalangan remaja. mungkin pada mulanya dorang nak buat cerita yang ada pengajaran, tapi hasilnya seolah-olah seperti mengajar remaja untuk bersosial.. yang paling eiqa tak suka, cerita melayu sekarang tak sah kalau takde adegan peluk, cium, seks, disko, pub dan lain-lain.. wajib ke benda-benda nie semua kalau nak buat cerita? seolah-olah macam tak ada mak bapak je..
ada salah satu cerita melayu yang 'agak' top, mengenai kehidupan cinta sepasang kekasih di pusat jagaan remaja.. bebudak kat pusat jagaan tu bercampur gaul, berpeluk-peluk, buat parti menari-nari macam orang mabuk, lepas tu bila ada salah sorang daripada mereka yang hamil anak luar nikah, reaksi mereka yang lain macam biasa je. seperti benda macam takde apa-apa. yang paling kelakar nya adegan dalam cerita tu, dorang bersosial, rambut warna warni, peluk-peluk tapi ada 1 part dorang solat berjemaah. 
apa yang mereka nak sampaikan dalam cerita nie? memalukan la..pengarah cerita tu sendiri pon melayu agama islam..tapi buat cerita mengalahkan cerita barat..kenapa kena buat cerita macam tu? kalau nak cakap laku, takdelah sangat.. inilah antara sebab kenapa cerita melayu tak laku. jangan salah kan masyarakat kenapa tak menyokong industri perfileman negara.

eiqa pernah tanya kawan eiqa.
eiqa: semalam ko tengok cerita ____ (cerita melayu) kat wayang ke?
kawan eiqa: tak lah. rugi je kalau tengok cerita melayu kat wayang..

cerita melayu yang paling best eiqa tengok adalah NUR KASIH THE MOVIE.. penuh dengan jalan cerita dan pengajaran. dalam ni dorang pon bercinta juga. tapi takde lah sosial macam cerita sekarang.. baik tengok kartun je.. lagi selamat untuk budak-budak..

note: cerita dulu-dulu lagi best dari cerita sekarang. sebab ada mesej yang ingin disampaikan.. maaf ye kalau entri nie menyinggung perasaan mana-mana pihak.. kerana ini adalah pendapat eiqa sendiri. tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia..

4 comments:

♥ HanaHyun ♥ said...

betul tu eiqa..sy setuju..

Husna Az-Zahra said...

the best entry! haha

Maru Maru :3 said...

Ha`ah,betul tu,cite korea lagi bagus klau bdak2 zaman skang tgk......... :D

adibahfaizah said...

tengok cite p. ramlee lagi bgus. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra